IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Monday, February 15, 2021

Teknik: Night Photography


Selain daripada teknik panning, hari ini saya juga belajar tentang teknik night photography. Night photography adalah foto yang diambil pada waktu malam. Untuk menangkap gambar dengan menggunakan teknik night photography, kita perlu menggunakan tripod supaya kamera akan stabil dan hasil gambar akan kelihatan jelas. Di bawah merupakan hasil gambar saya:

Lokasi: Taiping Lake Garden

Cuaca: Malam

Kamera: Sony Nex-F3

Speed: 1s

Aperture: f/4

ISO: ISO 400

Lensa: 18-55mm

Menggunakan Tripod: Ya

Teknik: Panning


Pada hari ini, saya telah belajar satu teknik fotografi, iaitu teknik panning. Teknik panning ini sesuai digunakan untuk memotret objek yang bergerak dengan laju dan akan memokus kepada objek serta latar belakang akan menjadi kabur. Di bawah merupakan foto yang dihasil dengan menggunakan teknik panning:


Lokasi: Di tepi jalan raya

Cuaca: Panas

Kamera: Sony Nex-F3

Speed: 1/20s

Aperture: f/22

ISO: ISO 200

Lensa: 18-55mm

Menggunakan Tripod: Ya

Wednesday, February 3, 2021

ISO


Pada 3/2/2021 (Rabu), saya telah belajar tentang ISO kamera. Jadi, saya mengambil beberapa gambar dengan menggunakan nilai ISO yang berlainan untuk melihat perbezaan foto yang dihasil dengan menggunakan nilai ISO yang berlainan. Nilai ISO yang akan saya gunakan adalah ISO 200, ISO 400 dan ISO 800. Di bawah merupakan hasil foto saya:

1. ISO 200

2. ISO 400

3. ISO 800


Lokasi: Di dalam bilik

Cuaca: Malam

Kamera: Sony Nex-F3

Speed: 1/10 s

Aperture: f/3.5

Lensa: 18-55mm

Menggunakan Tripod: Ya


Tuesday, February 2, 2021

Aperture


Dalam kelas hari ini (2/2/2012), saya telah belajar tentang aperture. Jadi, saya menjalankan satu amali iaitu mengambil gambar dengan menggunakan aperture yang berlainan. Aperture yang saya gunakan adalah F5, F7.1, F9, F11, F13 dan F16. Di bawah merupakan hasil gambar yang saya ambil:

1. F5



2. F7.1



3. F9



4. F11



5. F13



6. F16





Lokasi: Di halaman rumah

Cuaca: Mendung

Kamera: Sony Nex-F3

Speed: 1/50s

ISO: ISO 400

Lensa: 18-55mm

Menggunakan Tripod: Ya

Thursday, January 28, 2021

White Balance


Hari ini saya juga belajar tentang white balance yang ada pada kamera. Kamera yang saya gunakan adalah Sony Nex-F3. Dalam kamera ini, terdapat beberapa jenis mod white balance, iaitu daylight, shade, cloudy, incandescent, fluorescent: warm white, fluorescent: cool white, fluorescent: day white, fluorescent :daylight dan flash. Di bawah merupakan gambar yang diambil dengan menggunakan mod yang disenaraikan di atas.

1. Daylight (5200K)

2. Shade (7000K)

3. Cloudy (6000K)

4. Incandescent (3200K)

5. Fluorescent: Warm White (3000K)


6. Fluorescent: Cool White (4200K)


7. Fluorescent: Day White (5000K)


8. Fluorescent :Daylight (6500K)


9. Flash (5500K)

Teknik Memokus


Hari ini saya belajar tentang teknik memokus. Untuk mengambil gambar secara berulang pada sudut yang sama, saya menggunakan tripod kamera untuk menstabilkan kamera supaya sudutnya tidak akan berubah apabila setiap kali gambar diambil.

Selepas itu, saya juga menggunakan auto focus kamera sebelum mengambil gambar supaya kamera akan fokus kepada objek yang saya ingin.

Gambar di bawah merupakan hasil gambar yang saya ambil dengan menggunakan teknik memokus.