Teknik Memokus
1. AF-C (Continuous)
AF-C atau autofocus continuous ini digunakan apabila kita mengambil gambar subjek yang bergerak seperti, gambar sukan, orang bermain bola, gambar haiwan, kucing sedang bergerak atau gambar kanak-kanak bermain. Selagi kita menekan separuh butang shutter, kamera akan fokus pada subjek kita walaupun subjek kita bergerak ke depan atau ke belakang. Ini bermaksud kamera akan sentiasa cuba fokus pada subjek selagi kita menekan separuh butang shutter.
2. AF-S (Single)AF-C atau autofocus continuous ini digunakan apabila kita mengambil gambar subjek yang bergerak seperti, gambar sukan, orang bermain bola, gambar haiwan, kucing sedang bergerak atau gambar kanak-kanak bermain. Selagi kita menekan separuh butang shutter, kamera akan fokus pada subjek kita walaupun subjek kita bergerak ke depan atau ke belakang. Ini bermaksud kamera akan sentiasa cuba fokus pada subjek selagi kita menekan separuh butang shutter.
AF-S atau autofocus single pula digunakan apabila kita mengambil gambar subjek yang tidak bergerak. Contohnya kita ambil gambar bunga atau potrait. Kamera akan kunci fokus pada subjek dan kita boleh ubah komposisi subjek dan ambil gambar subjek dengan komposisi yang lain.
3. AF-A (Auto)AF-A atau autofocus auto pula ialah kita menyerahkan kepada kamera untuk buat keputusan yang mana yang terbaik. Contohnya kamera akan teka andai kalian ambil gambar tidak bergerak, ia akan pilih AF-S, jika kamera mengesan kalian bergerak sambil ambil gambar, ia akan secara sendiri memilih AF-C.
4. MF (Manual Focus)MF pula adalah manual focus. Manual focus digunakan apabila anda lebih suka untuk fokus mengikut mata kalian sendiri. Selalunya jikalau anda ingin bermain dengan manual fokus, anda pastikan sudah biasa dengan mode MF ini.
0 comments:
Post a Comment