IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Thursday, March 4, 2021

Pameran Fotografi – Rancangan Sesi Penggambaran


          Untuk merakam foto yang digunakan dalam pameran fotografi, saya telah merancang sesi penggambaran fotografi saya. Di bawah merupakan perkara yang saya laksanakan sebelum merakam foto.

Perancangan:

1. Memahami tema Kesedaran Alam Sekitar.
2. Mencari maklumat seperti contoh foto berdasarkan tema yang ditetapkan, teknik dan komposisi fotografi.
3. Mencari tempat yang paling sesuai untuk merakam foto.
5. Memilih foto yang terbaik.
6. Membuat suntingan untuk menambahbaik foto.
7. Mencetak dan membingkaikan foto dalam saiz 5R dan 8R.
8. Mengadakan pameran fotografi.


Pelaksanaan:

1. Memahami tema Kesedaran Alam Sekitar.


  • Saya telah mencari maklumat tentang tema ini di laman web supaya saya dapat memastikan karya yang saya hasilkan sesuai dengan tema yang ditetapkan.


2. Mencari maklumat seperti contoh foto berdasarkan tema yang ditetapkan, teknik dan komposisi fotografi.


  • Saya juga mencari maklumat tentang contoh foto yang baik bedasarkan tema tersebut. Selain daripada itu, saya juga mencari maklumat tentang Teknik dan komposisi fotografi. Saya berbuat demikian supaya saya dapat merancang dan menentukan Teknik dan komposisi yang sesuai digunakan.

3. Mencari tempat yang paling sesuai untuk merakam foto.


  • Saya memilih Taiping Lake Garden sebagai tempat rakaman foto kerana Taiping Lake Garden mempunyai banyak unsur alam sekitar yang indah dan cantik.

5. Memilih foto yang terbaik.

  • Selepas itu, saya memilih foto yang paling baik sebagai karya dalam Tugasan 2 saya. Saya telah mengambil foto objek daripada pelbagai sudut. Jadi, saya perlu memilih foto yang terbaik di antaranya.


  • Ini merupakan dua buah karya yang saya pilih untuk digunakan dalam pameran fotografi.

6. Membuat suntingan untuk menambahbaik foto.

  • Saya telah membuat suntingan foto dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya telah mengubah sharpening dan saturasi warna pada foto yang saya pilih.

7. Mencetak dan membingkaikan foto dalam saiz 5R dan 8R.

8. Mengadakan pameran fotografi.

0 comments:

Post a Comment