IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Sejarah

        Bidang fotografi masih berkembang lagi bersama dengan kemajuan teknologi ICT. Namun begitu, fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi dan tradisionalnya. Walaupun, kamera digital sekarang telah diterima dengan meluas tetapi masih mempunyai jurugambar yang menggunakan kamera yang menggunakan filem.

        Seorang yang bernama MoTi menemukan gejala fotografi pada abad ke-5 sebelum masihi dan pada tahun 1826 untuk merakamkan imej potret. Gejala fotografi yang ditemui dinamakan fenomena kamera obscura. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang kecil (pinhole) yang memancarkan sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara baik.

Fenomena kamera obscura

        Pada abad ke-10 SM, seorang ilmuan Arab yang bernama Ibnu Haitam (Al Hazen) berusaha untuk menangkap fenomena ini dalam suatu alat. Hingga pada tahun 1558, Giambattista Della Porta, seorang ilmuwan asal Italia menyebut kamera obscura pada sebuah kotak yang berfungsi untuk membantu pelukis menangkap bayangan gambar. 

Kamera Obscura

         Pada tahun 1837, Louis Jacques Mande Daquerre (bapa fotografi dunia) dinobatkan sebagai orang pertama yang menghasil foto yang sebenarnya. Kamera obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali dikemukakan oleh Snapshooter 1888 di Amerika. 

 
Louis Jacques Mande Daquerre
Kamera Kodak (Eastman Kodak)

          Pada tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.

Kamera Mammoth

           Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Dari zaman abscura hingga ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.

0 comments:

Post a Comment