Penggunaan dan Pengendalian
Pada setiap kamera digital selalu tersedia roda di bahagian atas kamera di mana kita biasa memilih mod (fitur) operasi kamera. Di bawah merupakan gambar mod dial yang terdapat pada kebanyakkan kamera DSLR.
1. Programmed Mode (P)
Mod program juga dikenali sebagai mod semi-auto kerana hampir keseluruhan penetapan pada kamera telah disetkan kepada automatik oleh CPU kamera. Dalam mod program, kamera secara automatik akan menetukan nilai aperture and shutter speed untuk jurugambar berdasarkan jumlah cahaya yang masuk ke lensa. Kamera akan berusaha mengimbangkan antara aperture dengan shutter speed. Jika jurugambar mengarahkan lensa ke kawasan yang terang, nilai aperture secara automatik akan membesar sementara shutter speed ditetapkan pada masa yang lebih pantas. Jika lensa diarahkan ke kawasan yang gelap, nilai aperture akan mengecil untuk bukaan lensa yang besar sementara shutter speed diperlahankan supaya imej tidak terlalu kabur.
Secara keseluruhannya, mod ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar-gambar yang kasul ataupun ketika anda ingin merakam saat-saat penting dengan kadar segera di mana anda tidak perlu memikirkan untuk mengubah aperture atau shutter speed kamera anda.
Mod manual ini memberi kebebasan kepada jurugambar untuk mengendalikan aperture dan shutter speed kamera secara manual sepenuhnya. Mod ini sesuai digunakan mengambil gambar di mana-mana situasi landskap atau kesan pergerakan atau mengambil foto-foto yang menarik, kreatif dan unik.
Antara situasi yang disediakan dalam Mod Scene adalah potrait, landscape, action, close-up, night, sport, sunset/ sunrise, firework dan beach / snow.
- Potrait - Untuk merakam sesuatu objek dan menjadikan objek lain di belakangnya kabur.
- Landscape - Untuk merakam pemandangan menjadikan keseluruhan imej tajam.
- Close-Up - Untuk merakam objek berada hampir dengan kamera.
- Night - Untuk merakam gambar pada waktu malam.
- Sports - Untuk merakam objek yang bergerak dengan cepat.
- Sunset / sunrise - Untuk merakam pemandangan sunset / sunrise.
- Firework - Untuk merakam bunga api.
- Beach / Snow - Untuk merakam pemandangan di pantai atau tempat yang bersalju.
0 comments:
Post a Comment