IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Jenis-jenis filem, polaroid dan media digital

 Filem

Filem merupakan perantara yang digunakan bagi mencetak foto yang dirakam. Ia juga adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. filem yang digunakan dalam fotografi ini sangat peka pada cahaya. Semakin tinggi nombor kepekaannya semakin tinggi sensitivity filem berkenaan pada cahaya. Terdapat empat jenis filem dalam pasaran iaitu filem hitam putih, filem warna, filem slaid dan filem dalam polaroid. 

1. Filem hitam putih

Negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih dan dikenali sebagai Filem Panchromatic atau hitam putih. Filem ini kekal asal dan mempunyai daya tahan cukup lama. Yang paling penting adalah warna pada foto tidak akan berubah kerana diproses dengan baik. Ia dicetak pada kertas khusus untuk mencetak gambar hitam putih ini dengan kandungan bahan kimia yang berbeza dengan bahan yang dipakai untuk mencetak foto warna. Antaranya, halida perak, yang menyebabkan kualiti foto kekal pada warna yang sama walaupun foto berusia puluhan tahun. 

2. Filem warna

Negatif warna untuk membuat gambar foto mengikut warna, berwarna-warni atau hitam putih. Ramai orang suka menggunakan film jenis ini kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai keadaan dan boleh dicetak hitam putih. Emulsi warna gambar yang terakam untuk filem ini dapat bertahan sehingga dua tahun. Namun emulsi filem warna sangat terdedah kepada naik turun suhu udara. Filem jenis ini perlu disimpan dan dijaga dengan lebih rapi.

3. Filem slaid

Filem slaid ini juga dikenali sebagai filem positif dan penggunaannya adalah untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak seperti yang lain. Emulsi warna gambar yang terakam untuk filem ini juga dapat bertahan sehingga dua tahun. Filem jenis ini lebih baik berbanding dengan filem negatif kerana pengguna yang mencetak gambar dari filem ini tidak perlu menghitung atau mengira terbalik terhadap gambar yang akan dicetaknya. Jadi, pengguna tidak akan keliru malah boleh menghasil gambar yang lebih cantik dengan melakukan pembetulan terhadap warna-warna yang ada dalam filem tersebut. 

4. Filem dalam polaroid

Kamera polaroid merupakan kamera yang sesuai digunakan bagi orang yang baru mula belajar kerana ia mudah belajar kerana ia mudah digunakan. Foto juga dapat disiapkan dalam masa beberapa minit tanpa melalui proses cetakan dengan pencetak. Kamera jenis ini menggunakan filem khusus yang dinamakan filem polaroid dan bagi mendapatkan gambar warna, kamera ini boleh menggunakan filem polacolour.

0 comments:

Post a Comment