IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Jenis-jenis Kamera

 Jenis-jenis Kamera Analog

Generasi yang lebih awal mengenal kamera analog sebagai jenis kamera yang menggunakan  film untuk mengambil gambar. Gambar yang telah diambil ini harus dicuci cetak terlebih dahulu untuk melihat hasil fotonya. Antara di bawah merupakan jenis-jenis kamera analog:-

1. Instan Kamera

Kelebihan kamera ini adalah kepantasan merakam gambar. Sekarang masih mempunyai jenis kamera instan dijual dalam pasaran. Sebagai contoh, Polaroid Originals OneStep+, Fujifilm Instax mini 9, Fujifilm instax mini 90 NEO CLASSIC dan Fujifilm instax WIDE 300.

2. Kamera Point and Shoot

Kamera Point and Shoot adalah salah satu kamera analog tanpa cermin internal dengan mekanisme yang agak rumit walaupun ia cukup ringan untuk dibawa ke mana-mana. Kadang-kadang, kamera ini disebut sebagai kamera sekali pakai kerana filemnya tidak dapat diguna semula selepas digunakan.

3. Kamera Pin Hole

Kamera Pin Hole adalah kamera mudah tanpa lensa tetapi mempunyai aperture yang kecil. Kamera lubang jarum ini merupakan peti cahaya terang yang mempunyai lubang kecil di satu sisi. 

4. Kamera Single Lens Reflex (SLR)

Kamera Single Lens Reflex (SLR) ini sama dengan DSLR moden (Digital single-lens reflex) kerana kedua-dua jenis kamera ini mempunyai mekanisme cermin internal. Perbezaan antara kamera SLR dengan kamera DSLR adalah kamera SLR menggunakan filem.

5. Kamera Twins Lens (TLR)

Kamera ini menggunakan dua jenis lensa untuk aktiviti memotret. Satu lensa berfungsi sebagai sistem pemidang titik, lensa yang lain adalah untuk menangkap gambar. 


Jenis-jenis Kamera Digital

Sejak pada akhir 1990-an , kamera digital telah mengalami perkembangan yang ketara. Bermula dari kewujudan sensor yang semakin baik, hingga kualiti pixel yang semakin ketat dan gambar yang jauh lebih tajam. Berikut merupakan beberapa contoh jenis kamera digital:-

1. Compact Camera

Compact camera mempunyai bentuk yang sederhana (kotak) dan ringkas, tidak seperti DSLR yang besar dengan cengkaman yang menonjol. Walaupun masih mempunyai beberapa jenis compact camera yang lebih besar daripada yang lain, tetapi masih cukup ringkas untuk dibawa. Lensa jenis camera ini tidak dapat diganti. Kebanyakkan compact camera mempunyai ukuran sensor yang kecil, kecuali jenis advanced & full-frame compact yang mempunyai sensor yang lebih besar.

2. Bridge Camera

Bridge camera adalah salah satu camera yang mempunyai fixed lens tetapi dalam saiz yang lebih besar. Bentuk Bridge Camera menyerupai kamera DSLR, tetapi kamera jenis ini masih dikira senang untuk dibawa ke mana-mana. Bridge Camera ini juga dilengkapi dengan viewfinder.

3. Mirrorless Camera

Kamera Mirrorless ini lebih ringan dan padat berbanding dengan kamera DSLR. Ia mempunyai shutter speed yang lebih laju dan bunyi shutter yang lebih senyap. Model yang lebih canggih dalam jenis kamera ini mempunyai In Body Image Stabilization.

4. Digital Single Lens Reflex (DSLR)

Kamera jenis ini mempunyai Optical viewfinder dan ia mempunyai image sensor yang lebih besar. Kamera ini juga mempunyai banyak butang kawalan manual. Kamera DSLR lebih mahal berbanding kamera mirrorless oleh kerana reka bentuk yang besar dan mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak.

5. Kamera Video

Kamera video juga berkembang dari generasi sebelumnya pada era analog sampai masa kini. Sebelum ini, semua rakaman telah disimpan dalam kaset atau CD, sekarang semua telah disimpan dalam kad memori. Kamera jenis ini hanya dapat digunakan untuk mengambil video atau bayangan yang bergerak dan tidak dapat mengambil gambar seperti kamera DSLR.

0 comments:

Post a Comment