IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Fungsi Kamera


Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem di bahagian yang lain. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang tersedia untuk membentuk imej. Antara di bawah merupakan bahagian asas kamera dan fungsinya:-


1. Lensa (Kanta)

  • Lensa memainkan peranan untuk menentukan kualiti dan sifat imej yang terdapat dalam penilik pandangan (viewfinder).
  • Lensa mesti bersih dari debu dan kesan calar.
  • Penjagaan diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
  • Jenis-jenis lensa: Wide Angle Lens, Standard Lens, Telephoto Lens, Micro Lens, Zoom  Lens

2. Aperture / Diaframa

  • Mengawal jumlah cahaya yang masuk. Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
  • Penulisan angka aperture biasanya adalah f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, dan seterusnya
  • Aperture yang lebih besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.
  • Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor yang besar seperti f/6.
  • Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian kecil sahaja.
  • Aperture kecil akan fokus pada semua.

3. Shutter

  • Tingkap khas untuk mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa yang tertentu.
  • Shutter Speed (kelajuan pengatup) adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.
  • Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lama lagi masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.
  • Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan lens.
  • Shutter Speed ditanda dengan angka. Sebagai contoh:-
    1. 1/B - Shutter Speed paling perlahan
    2. 1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30  - Shutter Speed perlahan
    3. 1/60, 1/125, 1/250  - Shutter Speed sederhana
    4. 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000  - Shutter Speed Laju
  • Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama  1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya.

4. ISO

  • Digunakan untuk mendapatkan gambar yang menarik.
  • ISO ialah sensitif filem atau digital kamera pada cahaya.
  • Mudah dilaras dan diubah.
  • Gunakan ISO yang rendah untuk mendapatkan “aperture” dan “shutter speed” yang diperlukan.
  • Tambahkan ISO untuk “aperture” dan “shutter speed” yang laju.
  • Sebab menggunakan ISO yang perlahan biasanya adalah untuk mengurangkan noise atau “grain” (bintik-bintik pada gambar).
  • Penetapan ISO yang laju biasanya lebih “grain” berbanding dengan ISO yang perlahan.

5. Focal Length (Jarak Fokus)

  • Jarak di antara titik fokus lensa (focal point) di dataran fokus dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti.
  • Sekiranya jarak fokus jauh digunakan, imej yang lebih besar akan terbentuk.
  • Disukat dalam unit mm.

6. Focusing Techniques (Teknik Memokus)

  • Bidang fokus ialah kawasan yang kelihatan jelas apabila lensa difokuskan kapada sesuatu objek.
  • Apabila lensa yang difokuskan ke atas sesuatu subjek, kawasan-kawasan 1/3 di bahagian hadapan subjek dan 2/3 di bahagian belakang subjek akan kelihatan jelas.
  • Pemprosesan fokus akan menentukan fokus sesuatu subjek dengan cara automatik.
  • Faktor yang mengawal medan fokus:-
      1. Semakin luas sudut pandangan – medan fokus semakin besar
      2. Semakin bertambah jarak memfokus – medan fokus semakin dalam
      3. Lebih kecil aperture – medan fokus semakin besar
      4. Medan fokus selalunya lebih besar di sekitar titik fokus daripada imej di hadapan

7. Depth of Field (Medan Fokus)

  • Kawasan (area) ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
  • Depth Of Field dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu aperture, focusing distance dan focal length.


8. Filter dan Aksesori Kamera

  • Diperbuat daripada plastic tahan lasak yang berkualiti tinggi / kaca yang bermutu.
  • Fungsi filter dan aksesori kamera:-
    1. Menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.
    2. Memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contrast dan Low Contrast pada filem hitam putih.
  • Fungsi jenis filter:-
    1. Filter ultra violet (UV) membantu mencegah lens agar tidak tercalar.
    2. Filter biru, merah, kuning, Polarizing membantu membuat pantulan.
    3. Star Filter, Multi Filter membantu untuk kesan sampingan (Special Effect).

9. Suhu Warna (Colour Temperature)

  • Disukat dalam unit Kelvin.
  • Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna.

10. Teknik penggunaan Flash

  • Membantu kerja-kerja fotografi jika berada di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.
  • Flash membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari.

0 comments:

Post a Comment