Aperture
Aperture merupakan saiz bukaan
pada lensa. Ia menentukan jumlah cahaya akan masuk kedalam kamera. Saiz bukaan
ini lazimnya dikawal oleh aperture baldes yang menyerupai sekeping diafram
di dalam lensa. Saiz bukaan aperture ini juga mempengaruhi exposure dan depth
of field (DOF) sesuatu imej.
Fungsi Aperture:
1. Mengawal jumlah cahaya yang masuk ke filem
2. Mengelapkan / mencerahkan imej
3. Mengawal jarak jelas (Depth-Of-Field) subjek / objek yang difokus
Bukaan aperture juga dikenali dengan nama singkatan "F-stop". Aperture
yang lebih besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4. Lebih luas
lensa dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk dan gambar yang diambil
hanya fokus pada satu bahagian kecil sahaja. Aperture yang kecil pula
diwakili oleh nombor yang besar seperti f/6 dan gambar yang diambil akan fokus
pada semua.
0 comments:
Post a Comment