Kategori Fotografi
Fotografi adalah satu bidang yang luas dan boleh dibahagikan kepada banyak kategori. Antara kategori-kategori fotografi adalah:-
1. Portrait Photography
Kekuatan utama jenis portrait photography adalah menunjukkan ciri-ciri dan kepribadian unik yang dimiliki setiap orang. Bukan semata menampilkan foto manusia sahaja, portrait photography yang baik juga harus mampu menangkap ekspresi, mimik, kepribadian, mahupun suasana hati seseorang agar foto yang dihasilkan lebih berkesan. Untuk itu, wajah seseorang menjadi fokus utama agar kesan emosional dapat dimunculkan.
2. Macro Photography
Objek utama pada jenis fotografi ini adalah objek-objek
berukuran kecil seperti serangga, tumbuhan atau bunga yang berada di
sekeliling kita. Keistimewaan Macro Photography adalah membuat objek yang berukuran kecil dapat dilihat dengan menampilkan detail yang apik. Untuk merakam foto jenis ini memerlukan kamera DSLR mahupun
kamera hape yang dilengkapi dengan fitur zoom supaya dapat menangkap foto objek secara dekat.
3. Photojournalism / Journalism Photography
Tujuan utama jenis Journalism Photography iaitu merakamkan gambar kewartawanan ataupun gambar yang menunjukkan sesuatu berita ataupun cerita. Subjek-subjek yang diambil untuk photojournalism
merupakan hal-hal atau kejadian yang terjadi di sekitar kita. Prinsip utama
dalam photojournalism iaitu foto yang dihasilkan menunjukkan kejadian sesuatu perkara tanpa mementingkan mana-mana pihak.
4. Commercial / Advertising Photography
Jenis fotografi ini adalah kegiatan proses merakam gambar yang dapat menarik perhatian pelanggan dengan bantuan editing dan computer graphycs supaya dapat mencapai tujuan iklan atau promosi.
5. Fashion Photography
Keindahan design pakaian dan aksesori fashion lainnya menjadi titik fokus utama dalam jenis fashion photography. Penekanan dalam fashion photography adalah design pakaian agar orang yang melihatnya tertarik untuk membelinya.
6. Landscape Photography
Landscape photography memfokuskan objeknya pada pemandangan alam seperti pantai atau gunung dengan menggambar keindahan pemandangan alam.
7. Wildlife Photography
Wildlife fotografi adalah jenis merakam binatang yang hidup di kawasan liar. Proses merakam jenis fotografi ini agak susah kerana jurugambar perlu berhadapan dengan pelbagai jenis binatang.
0 comments:
Post a Comment