IVY LING YIEN CHIN

IVY LING YIEN CHIN
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Jenis-jenis Lensa

Dalam kamera mirrorless dan DSLR, lensa yang digunakan dapat ditukar (interchangeable). Lensa yang digunakan adalah salah satu faktor penting yang akan mempengaruhi kualiti gambar. Antara di bawah merupakan beberapa jenis lensa:-


1. Prime

Prime Lens adalah salah satu jenis lensa kamera yang memiliki satu focal length dan ia tidak dapat melakukan zoom untuk memperbesar atau memperkecil subjek yang akan merakamLensa prima cenderung dapat berguna untuk semua jenis fotografi, khususnya fotografi potret, perkahwinan, pemandangan, dan sebagainya. Lensa jenis ini dapat menghasilkan foto yang lebih jelas jika berbanding dengan lensa zoom.


2. Zoom

Zoom lens mempunyai reka bentuk dan susun atur gelas yang sangat komplek. Ia mempunyai kumpulan-kumpulan  lensa dan mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Antara salah satu tujuan adalah untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan. Zoom Lens boleh mengubah focal length dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis Lensa Zoom, iaitu Zoom Wide Angle (18-24mm), Zoom Standard (24-85mm) dan Zoom Telephoto (70-210mm). Zoom Lens banyak membantu kepada journalist dan wedding photographer, kerana mereka tidak perlu membawa lensa yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. 


3. Telefoto

Telephoto memiliki ukuran sekitar 70mm atau lebih. Ia adalah lensa yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang kala ia dikenali dengan Long Lens kerana lensa ini selalunya memang panjang. Lensa ini mempunyai jarak ‘Depth of Field’ yang lebih pendek berbanding dengan lensa – lensa yang lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk diasing daripada latar belakangnya.


4. Wide Angle

Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas dan sesuai digunakan untuk mengambil gambar landskap. Lensa wide angle mempunyai focal length dari 14mm sampai 28mm. Lensa ini senang untuk difokuskan kerana ia mempunyai kesan ‘depth of field’ yang luas. Ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh menampakkan kesan lengkungan. Lensa ini tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potret, kerana ia akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih gemuk disebabkan kesan lengkungan. Penggunaan lensa ini akan menyebabkan ruang dalam gambar itu kelihatan lebih luas.


5. Fish Eye

Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai lengkungan yang bulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan lens daripada tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik.


6. Makro

Lensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dan sebagainya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis-spesis serangga yang kecil, bunga dan lain-lain gambar jenis ‘still photo’. Harga lensa ini mahal tetapi ia dapat menghasilkan gambar kecil dengan jelas.

0 comments:

Post a Comment