Pengenalan Fotografi
Perkataan Photography (Melayu: Fotografi) adalah berasal dari gabungan dua perkataan greek iaitu photo (cahaya) dan graph (lukisan). Gabungan dua perkataan ini menghasilkan perkataan photograph yang bermaksud gambar yang dihasilkan dari kesan cahaya.
Lanjutan dari ini, perkataan photography digunakan untuk merujuk kepada sains, seni dan amalan merakam gambar yang kebiasaannya menggunakan kamera sama ada jenis khusus seperti kamera DSLR atau jenis terbina dalam alat lain seperti Telefon Pintar (Smart Phone).
1) Fotografi dikatakan sains kerana ia memerlukan kefahaman terhadap peranan cahaya dalam menghasilkan gambar foto. Tanpa cahaya, gambar foto tidak dapat dihasilkan.
2) Fotografi dikatakan seni kerana ia menghasilkan bahan yang boleh memberi pelbagai impak dan tafsiran terhadap kehidupan manusia.
3) Fotografi dikatakan amalan kerana kegiatan ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan dan kerja seharian. Ia mungkin dilakukan untuk memperingati atau merekodkan sesuatu bahan atau peristiwa.
0 comments:
Post a Comment